Sunday, April 22, 2007

Buru impian jadi 'anak pentas'
Jamilah Abdullah adalah salah satu orang melayu daripada 97 yang menuntut di Sekolah Seni Singapura. Dalam kes ini pula dia ingin memupuk minatnya dalam bahagian teater. Saya juga ada minat di bahagian teater bila saya di sekolah rendah dan telah berlakon di atas pentas di sekolah rendah saya. Saya rasa selesa di atas pentas tetapi minat saya lesap bila di sekolah menengah. Saya kagum dengan pemudi ini kerana dia sanggup pergi begitu jauh dengan minatnya.

Taman haiwan pilih 'jaga' kolam air upper seletar
Taman haiwan dan night safari meletakkan kolam tersbut di bawah jagaan kakitangannya sempena hari dunia. Ini adalah langkah yang baik untuk menjaga dunia kita yang sedang menghadapi masalah-masalah alam sekitar pada zaman sekarang. Saya harap ramai persatuaan dan individu menyumbangkan dan bekerjasama untuk membuat dunia ini aman dan makmur.

'Kasanova' perdaya wanita Malaysia seludup dadah
Saya rasa wanita-wanita yang diperdaya ini semuanya suka mengikut perasaan daripada menggunakan otak untuk memikirkan. Sedangkan penuntut universiti juga boleh diperdayakan kerana bagi mereka, mereka sanggup membuat apa sahaja demi cinta. Pada pendapat saya, perkara ini bukan sahaja berlaku di Malaysia tetapi juga di merata dunia. Ini menunjukkan kelemahan wanita-wanita di dunia tetapi perkara ini boleh dielakkan.

Saturday, April 21, 2007

Seks dengan budak 12 tahun: tiga akui salah
Kejadian ini tidak boleh menyalahkan ketiga lelaki itu sahaja. Saya rasa keempat-empat yang harus disalahkan terutama sekali perempuan yang berumur 12 tahun itu. Sebagai seorang perempuan, saya percaya bahawa maruah diri dan mencintai diri sendiri adalah penting kerana pengajaran orang tua tidak boleh dihindarkan. Saya sedih kerana dia tidak tahu menghormat diri sendiri. Orang tuanya mesti akan merasa kesal dengan perbuatannya itu.

Impian jadi guru tak kesampaian bagi mangsa warga Indon
Berita ini menunjukkan kes amuk di kampus Universiti Virginia Tech di lain sudut. Mangsa yang terkorban dalam kes ini sanggup menjual harta benda dan keretanya untuk melanjutkan persekolahannya. Tetapi, malangnya, dia terpaksa meninggalkan dunia ini dan tidak sempat mencapai impiannya. Pada pendapat saya, membaca berita di sudut yang berlainan ialah menyegarkan. Ini mendedahkan bahawa ada orang yang berpengelaman susah untuk ke menara gading kepada orang ramai.

Suspek dendam dek kereta masuk lubang jalan
Berita ini adalah mengenai kumpulan samseng di Jepun yang dikenali sebagai Yakuza. Membaca artikel ini bagaikan menonton wayang 'fast and furious' yang mempamerkan pembunuhan antara kumpulan samseng Jepun. Ini menunjukkan bahawa cerita sebegini boleh dikut-ikut oleh orang ramai. Saya rasa ibu bapa harus memberi panduan kepada anak-anak mereka bila menonton cerita sebegini.

Friday, April 20, 2007


Ingin ikut jejak ratu muzik Alicia Keys

Pemudi yang bernama Amni Musfirah tentu akan rasa untung kerana ada Sekolah Seni Singapura (Sota). Sekolah ini adalah khas untuk murid-murid yang mempunyai bakat dalam bahagian muzik. Amni yang ingin mengikut jejak ratu muzik Alicia Keys itu, boleh dididik dan dipupuk minatnya oleh sekolah seni tersebut.

Remaja S'pura kumpul dana bina rumah bagi penduduk miskin Nepal

Kelakuan 13 remaja yang sedang menunggu memulakan pengajian unversiti itu harus dicontohi orang ramai. Mereka berusaha mengumpulkan $100,000 untuk pembinaan 100 rumah di Nepal untuk warga Nepal yang tidak ada bumbung di atas kepala mereka. Pada pendapat saya, orang ramai harus membuat kerja sukarela untuk menolong warga-warga asing yang bernasib tak baik. Ini akan membuatkan dunia ini lebih mulia.

Pekerja balak dibaham buaya ketika mandi

Malapetaka ini harus menjadi pangajaran kepada orang ramai. Bukan sahaja harus berawas apabila berenang di sungai tetapi juga di keadaan yang berlainan bak kata pepatah, air yang tenang jangan fikir tiada buaya. Setelah membaca artikel ini, saya rasa gerun untuk memandi di sungai-sungai Malaysia.

Thursday, April 19, 2007

Barang Hilang
Artikel ini sangat melucukan kerana remaja ini sanggup mengiklankan malapetaka yang terjadi terhadapnya. Dia bukan menghilang berpuluh juta dollar tetapi empat dollar sahaja. Dia sepatutnya berasa bernasib baik kerana nyawanya tidak terkorban. Wang dan harta boleh diganti tetapi nyawa tidak boleh diganti. Kalau nyawa boleh diganti, saya sudah lama bunuh diri. Saya harap remaja ini tidak berasa begitu hampa dengan kehilangan hartanya kerana ada benda yang lebih penting dari harta benda.

Beberapa sekolah dan universiti terima ancaman
Artikel ini menunjukkan bahawa orang ramai terlalu selesa dengan hidup mereka hingga mereka lupa akan kemungkinan ancaman di dunia ini. Misalnya, di artikel ini, orang ramai baru hendak bertindak balas atas membunuhan di Universiti Virginia Teknologi. Ini menunjukkan masyarakat yang tidak bersedia. Cegahan patut diambil daripada menunggu benda seperti ini berlaku.

Bayi terkecil jalani bedah jantung
Saya tersinggung hati apabila membaca artikel ini kerana seorang bayi yang beratnya sekadar 2.3kilo harus dijalani dalam pembedahan jantung kerana jantungnya berlubang. Saya harap pembedahan ini berjalan dengan lancar. Semoga bayi tersebut sihat walafiat secepat mungkin.

Wednesday, April 18, 2007

Doktor meramas buah dada amah dijel selama 10 bulan
Kelakuan doktor ini memang patut dikeji oleh orang ramai. Ini ternyata bahawa dia mengambil kesempatan atas orang yang dia pandang rendah. Saya berkata begitu kerana ternyata bahawa ramai orang Singapura memandang rendah terhadap warga-warga asing yang datang ke Singapura untuk mencari duit. Pada pendapat saya, doktor ini memikirkan bahawa dia tidak akan ditangkap mencabul amah tersebut.

Penyerang yang tembak mati 33 pelajar berasal dari Korea
Artikel ini menakutkan kerana penyerang ini menghadapi tekanan jiwa yang amat dahsyat kerana dia bukan sekadar membunuh seorang pelajar di universitinya, tetapi 33! Mungkin penyerang tersebut tertekan dengan pelajarannya ataupun dia kekurangan kasih sayang. Ini menunjukkan bahawa orang yang ber-IQ tinggi tidak semestinya mereka waras ataupun sempurna di otak.

Cara menarik kanak-kanak ke doktor gigi
Artikel ini amat berguna kerana ramai kanak-kanak takut dengan doktor gigi. Saya sendiri tidak berani berjumpa dengan doktor gigi sekolah. Ini kerana dulu, saya ada banyak pemandangan tentang doktor gigi. Dalam otak saya, saya cuma tahu mereka 'jahat' kerana mereka mengambil gigi orang ramai. Artikel ini bukan sahaja memberi cara-cara untuk menarik kanak-kanak ke doktor gigi, ia juga memberi maklumat mengenai penjagaan gigi dan juga cara memberus gigi.

Tuesday, April 17, 2007

Sarang maksiat di hutan Upp Thomson
Sarang maksiat ini bukan sarang maksiat yang pertama si Singapura. Selalunya, sarang maksiat ini selalu dijadikan oleh warga-warga asing. Dalam kes ini pula sekumpulan warga Thailand yang menjadikan hutan itu sebagai sarang maksiat. Saya berasa bangga dan beruntung kerana pasukan-pasukan polis di Singapura sangat berkesan. Dengan pasukan-pasukan polis yang berkesan, saya rasa selamat di negeri ini.

Pasangan disyaki guna kanak-kanak sebagai pengemis
Kejadian ini amat menyedihkan kerana kanak-kanak yang tidak bersalah menjadi mangsa untuk keuntungan orang lain. Walaupun hidup sepasang suami isteri itu susah, mereka tidak patut menyusahkan orang lain, terutama sekali orang yang tidak bersalah. Mereka membuat ibu bapa Yin risau dan cuak. Mereka seolah-olah telah kehilangan anak walaupun ia hanya untuk masa 15 hari sahaja.

Pendatang yang hilang masih dicari
Berita ini tentu akan menarik perhatian orang-orang Singapura kerana ada dua pendatang haram yang berada di Singapura. Kemungkinan besar mereka di Tuas kerana mereka datang ke Singapura melalui bot ke Tuas. Mereka bijak jikalau mereka bersembunyi di Tuas kerana ramai warga asing tinggal di sana. Ini menyusahkan lagi polis untuk mencari mereka. Jangkaan saya ialah pendatang haram ini akan diberkas tidak lama lagi kerana polis di Singapura cekap.

Monday, April 16, 2007

Penunggang mabuk, kuda jadi korban
Saya rasa perbuatan penunggang ini salah. Inilah salah satu contoh yang menunjukkan bahawa manusia-manusia sekarang semakin memikirkan tentang diri sendiri. Walaupun kuda itu adalah seekor binatang, tidak patut penunggan mengambil nyawanya. Jika penunggang tersebut ada mengambil berat tentang kudanya, dia tidak akan minum arak. Ini menunjukkan bahawa manusia telah hilang keperimanusiaan lama-kelamaan.

Singapura perlu kurangkan guna beg plastik
Dengan kewujudan beg plastik, warga-warga Singapura mengambil kesempatan dari kemudahan ini dan lupa akibat menggunakan beg plastik berlebihan. Kami sering lupa apa yang akan terjejas setakat menggunakan beg plastik dengan kelebihan. Sebagai seorang murid yang mempelajari ilmu alam, saya sokong dengan cadangan ataupun penegasan Dr Yaacob untuk mengurangkan penggunaan beg plastik.

Ura-ura tubuh unit anjing antijiplak
Artikel ini adalah salah satu contoh yang mempamerkan haiwan bekerjasama dengan manusia. Dalam artikel ini, dua anjing pinjaman membantu dengan keberkasan penjual-penjual dan pengedar-pengedar dvd cetak rompak. Ini tidak semestinya tidak ada kena mengena dengan Singapura kerana ramai warga Singapura bercuti di Malaysia dan membeli dvd tersebut dan membawa dvd itu balik ke Singapura.